Khamis, 26 Mei 2016

NASI AYAM PENYET YANG RENGKAS DAN MUDAH

NASI AYAM PENYET 

Nasi ayam penyet ni manu makan malam saya bersama suami. Balik kerja petang semalam, singgah beli dua ketul papa ayam. 

Balik rumah, rehat sekejap lepas tu baru lah ke dapur untuk memasak hidangan Nasi ayam Penyet yang sederhana dan rengkas. 

Ayam tu saya  perap sekejap je, goreng  Tempe dan terung. Lepas tu  goreng ayam.  Selesai.

Buat sambal nya pula. Sambal buat yang biasa2 dan ringkas.  Hanya Tomato, cili dan Limau. Tak letak belacan sebab suami alahan dengan belacan dan makanan laut. Lepas tu buat sedikit sop. Itu lah dia Ayam Penyet Versi Kak Mar  :)










RESEPI NASI AYAM PENYET

Bahan-bahan Untuk Perapan Ayam
2 ketul paha ayamg
cuci ayam bersih-bersih
Ayam kemudian di rebus hingga empuk. Saya letak halia,serai dan bawang masa merebus
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.

 Bahan Perapan

1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Saya gunakan bahan serbuk, sedap dan cepat
 1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar kunyit serbuk
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
 sedikit tepung beras
1 biji telur

Caranya


Masukkan bahan, serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus. 
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini sebelum di goreng.


* sebelum goreng ayam,  goreng terung dan tempe dahulu. Baki minyak tu nanti boleh goreng ayam. 


Dah pun siap ayam


Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna



Bahan Untuk Sup Ayam

Baki air rebusan ayam
sedikit serbuk perencah sop
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ dihiris
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng ~ untuk hiasan

Bahan Untuk Sambal Penyet
10 tangkai cili padi 
 2 biji tomato ~
  1 sudu makan ikan bilis
  sedikit gula merah  secukup rasa
Limau nipis atau limau kasturi


Saya buat sambal yang tak perlu di tumis. Sambal segar. Saya blend je bahan2 ni.

selesai. Selamat Makan


Selasa, 24 Mei 2016

IKAN JENAHAK MASAK KARI



IKAN JENAHAK MASAK KARI


Ini Manu malam tadi. 

Saya masak Ikan Jenahak kari dengan terung.
Kari ikan yang power gitu. Memang semangat makan kari ikan ni.

Sekali sekala masak kari ni  memang lah sedap di makan bersama nasi panas2. Tak boleh selalu sebab ada santan. Takut kolestrol berpesta pula. :)

so ini lah dia Ikan Jenahak Masak Kari bersama terung






Jumaat, 6 Mei 2016

IKAN BAWAL MASAK TIGA RASA

ni manu malam tadi. Masak rengkas je ikan bawal masak  tiga rasa tapi rasa nya macam terlebih satu rasa. jadi ikan bawal empat rasa. Yang 1 rasa tu rasa tak berapa puas hati  hehe tapi ok lah sedap di makan .




Rabu, 4 Mei 2016

ANAK BURUNG PUYUH

pagi ni cerita pasal anak burung puyuh pula
Kelmarin pegi beli anak burung puyuh 100 ekor di Jabatan Haiwan bahagian Unggas Kg Bantayan Tamparuli.Burung puyuh ni berusia 8 hari.  Ini lah dia anak2 burung puyuh tersebut :)




Usia matang Burung Puyuh 40 hari. Makna nya kalau nak tunggu sehingga Raya Julai ni. Usia burung puyuh ni dah lebih 70 hari. Dah terlebih matang pula. takut daging puyuh ni dah liat pula :) Harap2 semua puyuh ni sihat dan membesar dgn jaya nya.