Petang semalam masa balik kerja, singgah beli sayur. Bila tengok sayur kai choy yg segar bugar, terbeli banyak lah pula. sedangkan yang makan hanya dua orang.Klu lambat masak dan simpan dlm peti ais, sayur layu dan tak fresh, memang tidak sedap lah!!!
Baik buat jeruk separuh dan selebihnya untuk sayur.
KAI CHOY |
KAI CHOY @ SAWI PAHIT |
Resepi Jeruk Kai Choy saya sendiri. Mungkn org lain, cara nya pun lain.
Jeruk
Kai Choy
2) 5 ulas bawang putih
3 lebh kurang 4 pokok sawi kai choy
4) 1 cawan gula
5) 1 cawan cuka
6) 5 cawan air sejuk.
7) 4 sudu garam
7) 4 sudu garam
Cara:
1) Saya rendam Kai choy yang telah di cuci ke dalam air garam lebih kurang setengah jam, sampai nampak layu sedikit. Kemudian bilas Kai Choy berkenaan agar hilang rasa masin nya.
2) Masukkan 5 cawan airmasak , cuka, gula dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga gula dan garam larut dan kemudian tuangkan semuanya ke dalam balang. Selepas itu masuk kan dan susun lawa2 Sayur Kai choy dan bawang putih. Tutup balang dan simpan balang dalam peti sejuk.Sudah siap. Jeruk Kai Choy ini boleh dimakan selepas sehari semalam.Boleh di simpan dalam jangka waktu yang lama. Lagi lama lagi sedap rasanya. :)
Rajinnya..terbaik
BalasPadamdalam hati ada senyum:)
BalasPadamKlu tak letak d peti sejuk boleh ker?
BalasPadam