RESEPI IKAN KERISIK BAKAR BEREMPAH
PALING MUDAH DAN SEDAP.
Ikan bakar menggunakan kuali ni adalah resepi paling senang dan sedap yang selalu saya buat di rumah untuk santapan keluarga. Tidak rumit dan mudah di sediakan. Hanya Bakar dalam kuali menggunakan dapur gas.
3 ekor ikan kerisik yang telah dibersihkan
Ikan yang telah di perap dengan bahan perapan
Ikan sedia untuk di bakar dalam kuali yang beralas daun pisang
Kuali mesti di tutup untuk memastikan ikan betul betul masak
Ikan bakar sudah siap
3 ekor Ikan (Kerisik)
Sedikit Daun Pisang
Bahan Bahannya:
1 Ulas Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
5 biji chili api
5 sudu chili boh
1/2 inci kunyit hidup
i inci halia
2 batang serai
garam & bahan perasa
Cara cara:
Kisar
semua bahan diatas sehingga lumat. Masuk kan sekali bahan perasa.
Masukan sedikit minyak di bahan kisar berkenaan. Perapkan ikan yang
telah dibersihkan selama lebih kurang 15 minit atau terpulang ikut
kesukaan anda.
Setelah
diperap boleh lah ikan berkenaan di bakar di dalam kuali yang di lapis
dengan Daun Pisang dan tutup kuali berkenaan.Saya menggunakan kuali
nonstick. Ikan tidak perlu di terbalik kan. Biarkan saja begitu
sehingga betul2 masak. Selepas itu boleh lah diangkat.
Sambal cicah ikan bakar
Ramuan
10 biji cili padi (kalau mau pedas boleh tambah)
1 biji lada besar
1 biji buah tomato
1 bawang merah (di hiris )
2 ulas bawang putih
3 biji Limau Kasturi
1 inci belacan
Garam
Gula
Perisa (Ajinomoto)Tumbuk atau blend ikut suka
Selamat Menjamu Selera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan