Rabu, 24 Ogos 2016

BUAH LABU KU

Tak di sangka buah labu ku  dah begitu besar.segar bugar,  Menjadi!!!!!
Sebetulnya biji labu tu di tabur2 je pun di kawasan belakang rumah. Alhamdulilah dia tumbuh dgn subur dan menghasilkan buah. Ini lah hasil nya berbudi pada tanah. 

Macam macam Manu bole buat dengan buah Labu ni. Paling sedap masak Lemak Labu dgn Ikan Masin. Nanti saya nak masak lah.









Selasa, 23 Ogos 2016

TELUR PUYUH MENETAS

Ini cerita malam tadi, Happy nya telur puyuh yg kami eramkan dalam mesin tu sudah menetas.  Awal pula menetas, baru 17 Hari. Kalau ikutkan 18 hari baru dia menetas. Alhamdulilah, berjaya di percubaan pertama.


Ini lah dia anak anak puyuh ku :)





TELUR PERTAMA YG MENETAS PADA 22.8.2016 JAM 8.39PM 






Isnin, 22 Ogos 2016

SAMBAL TUHAU TULUN SABAH

First time try buat Sambal Tuhau Sabah. Sebelum ni tak pernah makan sebab ada sejenis bau yang seakan akan bau kumbang. Tapi semenjak dua menjak ni dah boleh pula makan. Tu yang try buat walau pun tak berapa menjadi. Boleh la di makan.


sebetulnya kalau nak buat sambal ni, kena ambil batang yg lembut di dalam saja, yg keras di luar tu kena buang. Tapi saya terambil sedikit batang yg luar maklumlah first time buat, tu yg sambal Tuhau saya tu nampak sedikit kasar, tidak sehalus Sambal Tuhau yg biasa di buat oleh org yg pakar sambal ni.

Ini lah dia Sambal Tuhau tak berapa nak menjadi :)

 

 
POKOK TUHAU

BATANG TUHAU

Jumaat, 19 Ogos 2016

Mesin Penetas Telur

Percubaan pertama kali untuk mengeramkan sendiri telur telur puyuh ku. Kalau ikut perkiraan 18 hari telur telur puyuh tu akan menetas sendiri nya. Tunggu beberapa hari je lagi hasilnya. Mudah mudahan berjaya



Mesin tetas telur ni saya beli dengan harga RM250. Ni mesin manual, kita kena golek telur berkenaan 2 kali sehari.