Khamis, 1 September 2016

BURGER SPECIAL KAK MAR

Selalu time balik kerja, singgah di Taman Sri Rugading. Ada satu kedai kecik menjahit baju, jual sayur sayuran dan burger. Semua dalam satu kedai tu. Selalu singgah beli burger di situ. Memang sedap. Pandai budak perempuan tu buat. Bila dah makan sekali mesti  nak beli lagi.

Time cuti ni malas pula mau keluar. Memerap di rumah depan tv tengok drama Korea lah jawabnya. Teringat pula burger budak tu. Kebetulan bahan bahan sudah ada di dapur. Apa lagi, buat burger lah. Ini lah hasilnya burger buatan sendiri. 

Saya guna dua lapisan daging ayam, sebiji telur dan sayur kubis. Memang puas hati makan, sedap berbaloi baloi buat sendiri ni. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan