Rabu, 30 November 2016

MENU HARIAN DARI DAPUR KU

 Ini semua menu dari Dapur ku yg di masak setiap hari. 
Menu biasa2 yg dan rengkas dan kos murah . Jimat dan berbaloi baloi :)

KETAM MASAK SOS CHILI

MEE KARI SPECIAL
Add caption

Add caption


SUP IKAN


BUBUR NASI BERSAMA BEBOLA DAGING


BAKSO


BAKSO
MEHON SUP


BUBUR NASI

NASI LEMAK STRAWBERRY SPECIAL
NASI LEMAK PANDAN SPECIAL

Jumaat, 11 November 2016

PISANG GORENG PANAS

Best nya dapat menikmati pisang goreng panas panas sambil mengadap komputer buat kerja.

Ni aktiviti petang semalam. Dalam suasana sejuk, minum kopi dan makan pisang goreng ni.  Wahhhh!!!! pisang goreng ni rangup sedap di makan panas panas. :) Terbaik



 

Ahad, 6 November 2016

NASI PANDAN TELUR PUYUH

Nasi Pandan Telur  puyuh ni saya masak untuk Sarapan pagi Sabtu. Termyata Nasi lemak.Pandan ni lebh sedap dan berbau harum pandan. Memang menyelerakan. Saya gunakan beberapa biji telur puyuh dan sambal macam biasa. Tidak sia sia saya masak pagi ni. 


Selasa, 18 Oktober 2016

puyuh goreng beempah

Mula mula hanya sekadar hobby membela puyuh ni. Tapi bila puyuh dah banyak, masalah lah pula. Puyuh ni kuat makan. Banyak pula kos untuk beli makanan nya.

Cuti Sabtu & Ahad ni terfikir pula untuk buat aktiviti bersama anak anak yang kebetulan balik bercuti. Kami cadang untuk buat puyuh goreng berempah. 

Hobby yg mendatangkan hasil. Buat promosi dengan kawan kawan dan saudara mara. Alhamdulilah Rezeki masuk di Sabtu & Ahad.


 Puyuh yang sudah berumur lebih 40 hari.
 



puyuh yang di perap dengan rempah



selesai goreng,

sedia untuk di hantar kepada kawan2 yang buat tempahan

Khamis, 1 September 2016

BURGER SPECIAL KAK MAR

Selalu time balik kerja, singgah di Taman Sri Rugading. Ada satu kedai kecik menjahit baju, jual sayur sayuran dan burger. Semua dalam satu kedai tu. Selalu singgah beli burger di situ. Memang sedap. Pandai budak perempuan tu buat. Bila dah makan sekali mesti  nak beli lagi.

Time cuti ni malas pula mau keluar. Memerap di rumah depan tv tengok drama Korea lah jawabnya. Teringat pula burger budak tu. Kebetulan bahan bahan sudah ada di dapur. Apa lagi, buat burger lah. Ini lah hasilnya burger buatan sendiri. 

Saya guna dua lapisan daging ayam, sebiji telur dan sayur kubis. Memang puas hati makan, sedap berbaloi baloi buat sendiri ni. 





Rabu, 24 Ogos 2016

BUAH LABU KU

Tak di sangka buah labu ku  dah begitu besar.segar bugar,  Menjadi!!!!!
Sebetulnya biji labu tu di tabur2 je pun di kawasan belakang rumah. Alhamdulilah dia tumbuh dgn subur dan menghasilkan buah. Ini lah hasil nya berbudi pada tanah. 

Macam macam Manu bole buat dengan buah Labu ni. Paling sedap masak Lemak Labu dgn Ikan Masin. Nanti saya nak masak lah.









Selasa, 23 Ogos 2016

TELUR PUYUH MENETAS

Ini cerita malam tadi, Happy nya telur puyuh yg kami eramkan dalam mesin tu sudah menetas.  Awal pula menetas, baru 17 Hari. Kalau ikutkan 18 hari baru dia menetas. Alhamdulilah, berjaya di percubaan pertama.


Ini lah dia anak anak puyuh ku :)





TELUR PERTAMA YG MENETAS PADA 22.8.2016 JAM 8.39PM 






Isnin, 22 Ogos 2016

SAMBAL TUHAU TULUN SABAH

First time try buat Sambal Tuhau Sabah. Sebelum ni tak pernah makan sebab ada sejenis bau yang seakan akan bau kumbang. Tapi semenjak dua menjak ni dah boleh pula makan. Tu yang try buat walau pun tak berapa menjadi. Boleh la di makan.


sebetulnya kalau nak buat sambal ni, kena ambil batang yg lembut di dalam saja, yg keras di luar tu kena buang. Tapi saya terambil sedikit batang yg luar maklumlah first time buat, tu yg sambal Tuhau saya tu nampak sedikit kasar, tidak sehalus Sambal Tuhau yg biasa di buat oleh org yg pakar sambal ni.

Ini lah dia Sambal Tuhau tak berapa nak menjadi :)

 

 
POKOK TUHAU

BATANG TUHAU

Jumaat, 19 Ogos 2016

Mesin Penetas Telur

Percubaan pertama kali untuk mengeramkan sendiri telur telur puyuh ku. Kalau ikut perkiraan 18 hari telur telur puyuh tu akan menetas sendiri nya. Tunggu beberapa hari je lagi hasilnya. Mudah mudahan berjaya



Mesin tetas telur ni saya beli dengan harga RM250. Ni mesin manual, kita kena golek telur berkenaan 2 kali sehari.