Isnin, 29 Februari 2016

KIMCHI MALAYSIA


RESEPI KIMCHI





RESEPI KIMCHI KAK MAR
 CARA MUDAH DAN  HALAL 

Di sebabkan terlampau minat dengan Drama drama Korea, dan semua rancangan Korea di Channel 393 & 392. Sapu habis, semua tengok termasuk juga berita2 dari Korea. Pelik tapi benar. Itu lah aku. Sehingga ke Kimchi pun  aku minat :)

Hari Sabtu lepas buat Kimchi. Percubaan pertama, Bukan nya susah pun buat Kimchi ni. Terpulang lah apa bahan2 yang kita nak campur. Yang Pasti bahan utama ialah Kobis Panjang. 



 Bahan-bahan
 
1 biji kobis panjang, dibelah 2 atau terpulang kepada   anda mau belah lebih dari 2 pun ok juga

 1/2 cawan garam halus

 2 biji lobak merah - dihiris halus

1 ikat daun bawang, dipotong agak2 2 inci panjang

1/2 cawan serbuk cili merah 

 Bahan Untuk Paste Kimchi
 
3 sudu besar tepung pulut
2 sudu besar gula
1 cawan air

Bahan kisar
 
1 ulas bawang besar kuning
1 biji pear gong ( Ikut suka anda)
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 sudu besar ikan bilis
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan


Cara Membuatnya
 
Kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Tetapi jangan ceraikan kobis tu dari pangkal bawah ya. pastikan setiap bahagian kobis kena garam. Biarkan selama 5 jam. Kobis akan mengecut dan layu.



Selepas 5 jam, cuci semua garam dari kobis. Rasa kobis tu, jika masih masin, cuci lagi. Lepas cuci, perah air dari kobis sehingga kobis kering. Toskan untuk membuang air dan biarkan seketika.

Penyediaan bahan untuk pemekat

 

Kacau rata tepung pulut dan air bersama gula. Masak sekejap sehingga pekat . Jika terlalu pekat tambah air sedikit.



Penyediaan bahan Blend

Masukkan semua bahan kedalam Blender. Masukkan pulut yang di masak bersama gula tadi sekali bersama bahan2 yg lain.Jangan letak air banyak. Sekadar boleh memblend bahan2 itu saja.

Masukkan  bahan blend dan serbuk cili. Gaul rata. Jika kurang masin tambah sedikit garam dan sedikit gula. Tetapi jangan terlalu masin kerana kobis tadi sudah di perap dengan garam. Gula pula untuk mengaktifkan bakteria. 

Masukkan juga lobak merah dan daun bawang kedalam bahan paste kimchi tadi. gaul rata. Paste kimchi kini sedia disapu pada kobis



 Masuk kan Kobis yang sudah di jeruk tadi, sapu sos kimchi pada setiap helaian kobis sehingga semua bahagian dilumuri dengan sos. Masukkan kedalam bekas bertutup dan biar sehingga 1-2 hari sehingga kimchi menapai.
Setelah di Perap selama 1-2 hari, Boleh lah kimchi berkenaan di masuk kan ke dalam peti sejuk. Gambar 

Di dalam gambar ni, aku guna 3 biji Kobis. So bahan2 nya kena lah gandakan 3

Selamat Menjamu selera dengan  Kimchi Kak Mar



 Kobis Panjang Di Belah Dua




Daun Bawang, Lobak Merah, Kobis, Bawang Besar, Halia & Bawang Putih

Kobis yang di belah di garam selama 5 jam. Kemudian di cuci untuk menghilangkan masin nya



 Kobis yang telah di cuci di toskan untuk mengeringkan airnya



Begini lah rupanya Kimci Kak Mar setelah selesai . Di Perap selama 3 hari




 SELAMAT MENCUBA


Jumaat, 26 Februari 2016

SG MOROLI, KG LUANTI BARU, RANAU

SG MOROLI, KG LUANTI  BARU, RANAU

Di sini pun kenangan mengusik jiwa. Ku biarkan gambar gambar itu berbicara :)
Siapa berani mandi bersama ikan. Kami sudah memberanikan diri mandi bersama ikan.  Ikan ikan tu mengigit. Walau pun tidak lah sakit tapi memang rasa geli.

 Cuba lah!!!!!







Rabu, 24 Februari 2016

KUNDASANG WAR MEMORIAL

KUNDASANG WAR MEMORIAL


Kenangan mengusik jiwa

Masa Jalan2 di Kundasang. Sempat singgah di Kundasang War Memorial.
 Gambar anak anak Yang comel2 gitu. Biarkan gambar gambar itu yang berbicara







DESA DAIRY FARM MENSILAU KUNDASANG

Gambar kenangan Suami, anak anak dan yg kecik tu anak saudara. Share gambar suami dan anak je ni. Mak menyorok  di belakang tabir :)





Jumaat, 19 Februari 2016

BURUNG UNTA

Betul kah kata orang Burung Unta ni suka bergambar. Melihat kami datang menghampiri kandang nya. Semua burung unta datang menghampiri. Burung Unta Jantan pandai menari tau.  Tapi kami pula yang rasa takut. Terasa macam burung unta nak mematuk kepala kami. Dia mengeluarkan bunyi yang kuat. Kami pun ambk gambar dari jauh  je lah.

maklumat mengenai Burung Unta yang saya baca  Burung Unta bertelur mengikut musim dan dalam setahun setiap ekor burung unta  boleh menghasilkan telur antara 40 hingga 60 biji. Berat purata telur Burung Unta ialah 1.5 kilogram.

Burung Unta hanya makan sayur dan bijirin seperti dedak jagung dan kacang.”Daripada jumlah itu 70 peratus adalah sayur. Seekor burung makan enam kilogram sehari. So maknanya susah juga lah nak membela burung Unta ni. Kos yang agak tinggi juga.

Gambar  kenangan ni kami ambik semasa  kami ke  Jabatan Haiwan dan Perusahan Ternak Kg Bantayan Tamparuli sabah.





Burung Unta di Jabatan Haiwan dan Perusahan Ternak 
di KM3, Jalan Kg. Bantayan, Tamparuli.Sabah





               

Selasa, 16 Februari 2016

KUCING KAMPUNG

KUCING KAMPUNG 
kucing kucing kami yang berdisiplin.  10 ekor semuanya. .Jenerasi  Kimpa yg d tinggalkan nya.    Sebetulnya   Kimpa tu kucing Jiran sebelah rumah di Taman Flamingo.Dia berpindah rumah dan membiak jadi banyak macam ni. Kami bela dari si kimpa hingga lah ke cucu cicitnya.


 BERDISIPLIN KUCING KUCING NI MAKAN - NI TENGAH SARAPAN PAGI



 NI TENGAH MAKAN MALAM
PANDAI KUCING KUCING NI




SANTAI DI PETANG HARI




HASIL SAMPINGAN BERAS - INI LAH YANG KAMI BAGI KUCING KUCING TU MAKAN .BERAS NI DI JUAL DENGAN HARGA RM19.00 UNTUK 10KG.  MASAK BERAS NI CAMPUR DENGAN IKAN. 


Jumaat, 5 Februari 2016

ANGSA KELABU & ITIK MUSCOVY

ANAK ANGSA KELABU DAN ANAK ITIK MUSCOVY

Tiba tiba pada Awal Tahun 2016 ini aku begitu berminat pula untuk memelihara Unggas.  Seminggu yang lepas aku telah membeli sekor anak angsa putih & sekor anak angsa kelabu dengan harga RM300 dari Daerah Kunak, tapi malang nya dlm perjlanan balik dari Tawau ke Kota Kinabalu anak angsa putih mati. Mungkin kepanasan di dalam kotak. Nasib baik aku ada beli 5 ekor anak itik muscovy. Tidak lah anak angsa tu kesepian. Sekarang ni umur angsa dan itik  sudah 3 minggu.





Khamis, 4 Februari 2016

Senarai Hospital Kerajaan Mengikut Negeri






Senarai Hospital Kerajaan Mengikut Negeri

 Berikut merupakan senarai hospital yang terdapat di Malaysia mengikut negeri atau wilayah persekutuan.




  1. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
  2. Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
  3. Hospital Kulim
  4. Hospital Baling
  5. Hospital Sik
  6. Hospital Langkawi
  7. Hospital Yan
  8. Hospital Jitra
  9. Hospital Kuala Nerang
Perlis
Pulau Pinang
11.    Hospital Pulau Pinang
  1. Hospital Sungai Bakap
  2. Hospital Bukit Mertajam
  3. Hospital Balik Pulau
  4. Hospital Seberang Jaya
  5. Hospital Kepala Batas
  1. Hospital Batu Gajah
  2. Hospital Changkat Melintang
  3. Hospital Grik
  4. Hospital Kampar
  5. Hospital Kuala Kangsar
  6. Hospital Parit Buntar
  7. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
  8. Hospital Selama
  9. Hospital Seri Manjung
  10. Hospital Sg. Siput
  11. Hospital Slim River
  12. Hospital Tapah
  13. Hospital Taiping
  14. Hospital Teluk Intan
  15. Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan
W.P Putrajaya
  1. Institut Kanser Negara
  1. Hospital Ampang
  2. Hospital Banting
  3. Hospital Kajang
  4. Hospital Kuala Kubu Baru
  5. Hospital Selayang
  6. Hospital Serdang
  7. Hospital Sungai Buloh
  8. Hospital Tanjung Karang
  9. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
  10. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  11. Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh
  12. Hospital Shah Alam
W.P Kuala Lumpur
46.    Hospital Kuala Lumpur
  1. Institut Jantung Negara (IJN)
  2. Institut Perubatan Respiratori, Kuala Lumpur
49.    Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
  1. Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah
  2. Hospital Port Dickson
  3. Hospital Tampin
  4. Hospital Jelebu
  5. Hospital Jempol
Melaka
55.    Hospital Melaka
  1. Hospital Alor Gajah
  2. Hospital Jasin




  1. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
  2. Hospital Pakar Johor, Johor Bahru
  3. Sultanah Nora Ismail Hospital, Batu Pahat
  4. Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang
  5. Hospital Segamat
  6. Hospital Pontian
  7. Hospital Kota Tinggi
  8. Hospital Mersing
  9. Hospital Tangkak
  10. Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai
  11. Hospital Sultan Ismail
  12. Hospital Permai Johor Bahru, Tampoi
  1. Hospital Pekan
  2. Hospital Kuala Lipis
  3. Hospital Raub
  4. Hospital Bentong
  5. Hospital Jerantut
  6. Hospital Jengka
  7. Hospital Muadzam Shah
  8. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
  9. Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands
  1. Hospital Dungun
  2. Hospital Kemaman
  3. Hospital Besut
  4. Hospital Hulu Terengganu
  5. Hospital Setiu



Kelantan
87.    Hospital Raja Perempuan Zainab II
  1. Hospital Pasir Mas
  2. Hospital Tumpat
  3. Hospital Machang
  4. Hospital Jeli
  5. Hospital Tanah Merah
  6. Hospital Tengku Anis
  7. Hospital Gua Musang
  8. Hospital Kuala Krai
  9. Hospital Kota Bharu
  1. Hospital Duchess of Kent, Sandakan
  2. Hospital Tawau
  3. Hospital Keningau
  4. Hospital Tenom
  5. Hospital Beaufort
  6. Hospital Kudat
  7. Hospital Kota Belud
  8. Hospital Ranau
  9. Hospital Lahad Datu
  10. Hospital Kota Marudu
  11. Hospital Sipitang
  12. Hospital Kuala Penyu
  13. Hospital Papar
  14. Hospital Tambunan
  15. Hospital Beluran
  16. Hospital Semporna
  17. Hospital Kinabatangan
  18. Hospital Likas (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah)
  19.  Hospital Tuaran

W.P Labuan
  1.  Hospital Wilayah Persekutuan Labuan


Sarawak
118.Hospital Umum Kuching
  1. Hospital Bau
  2. Hospital Sibu
  3. Hospital Miri
  4. Hospital Sarikei
  5. Hospital Sri Aman
  6. Hospital Limbang
  7. Hospital Lawas
  8. Hospital Kapit
  9. Hospital Sentosa
  10. Hospital Mukah
  11. Hospital Marudi
  12. Hospital Lundu
  13. Hospital Bintulu
  14. Hospital Betong
  15. Hospital Serian
  16. Hospital Simunjan
  17. Hospital Kanowit
  18. Hospital Saratok
  19. Hospital Sri Aman
  20.  Rajah Charles Brooke Memorial Hospital

Hospital Angkatan Tentera
  1. Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur
  2. Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak
  3. Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka

Hospital Universiti
142.Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan
  1. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur
  2. Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM ), Selangor