TRAGEDI YANG MENYAYAT HATI. TERLANGGAR ANAK SENDIRI
Kota Kinabalu: Budak perempuan berusia empat tahun maut dilanggar kereta
dipandu ibunya, dipercayai tertekan pedal minyak di kawasan parkir
Taska Alam Damai, Taman Seputih, Luyang, Kota Kinabalu, pagi tadi.
Dalam kejadian 9.30 pagi itu, dua murid taska dan seorang guru wanita turut cedera dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Megan Wong Shi Ting, manakala yang cedera, Siti Amira Haqisyah Maennang Ambia, 6, Mohd Fakhriy Fasyin Norman,5 dan Valin Shammi, 25.
Difahamkan, sebelum kejadian, Ibu Megan berusia 36 tahun menurunkan anaknya di depan pagar taska berkenaan.
Selepas itu, dia kemudian masuk semula ke keretanya dan dipercayai tertekan pedal minyak sehingga melanggar anaknya yang berjalan beriringan dengan dua lagi murid dan guru di hadapan keretanya. Megan disahkan meninggal dunia pada 10.10 di HQE II.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan