RESEPI KIMCHI
RESEPI KIMCHI KAK MAR
CARA MUDAH DAN HALAL
Di sebabkan terlampau minat dengan Drama drama Korea, dan semua rancangan Korea di Channel 393 & 392. Sapu habis, semua tengok termasuk juga berita2 dari Korea. Pelik tapi benar. Itu lah aku. Sehingga ke Kimchi pun aku minat :)
Hari Sabtu lepas buat Kimchi. Percubaan pertama, Bukan nya susah pun buat Kimchi ni. Terpulang lah apa bahan2 yang kita nak campur. Yang Pasti bahan utama ialah Kobis Panjang.
Bahan-bahan
1 biji kobis panjang, dibelah 2 atau terpulang kepada anda mau belah lebih dari 2 pun ok juga
1/2 cawan garam halus
2 biji lobak merah - dihiris halus
1 ikat daun bawang, dipotong agak2 2 inci panjang
1/2 cawan serbuk cili merah
Bahan Untuk Paste Kimchi
3 sudu besar tepung pulut
2 sudu besar gula
1 cawan air
Bahan kisar
1 ulas bawang besar kuning
1 biji pear gong ( Ikut suka anda)
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 sudu besar ikan bilis
1 1/2 inci halia
1 sudu besar ikan bilis
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan
Cara Membuatnya
1 sudu besar sos ikan
Cara Membuatnya
Kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Tetapi jangan
ceraikan kobis tu dari pangkal bawah ya. pastikan setiap bahagian kobis
kena garam. Biarkan selama 5 jam. Kobis akan mengecut dan layu.
Selepas 5 jam, cuci semua garam dari kobis. Rasa kobis tu, jika masih
masin, cuci lagi. Lepas cuci, perah air dari kobis sehingga kobis
kering. Toskan untuk membuang air dan biarkan seketika.
Penyediaan bahan untuk pemekat
Kacau rata tepung pulut dan air bersama gula. Masak sekejap sehingga
pekat . Jika terlalu pekat tambah air sedikit.
Penyediaan bahan Blend
Masukkan semua bahan kedalam Blender. Masukkan pulut yang di masak bersama gula tadi sekali bersama bahan2 yg lain.Jangan letak air banyak. Sekadar boleh memblend bahan2 itu saja.
Masukkan bahan blend dan serbuk cili. Gaul rata.
Jika kurang masin tambah sedikit garam dan sedikit gula. Tetapi jangan terlalu
masin kerana kobis tadi sudah di perap dengan garam. Gula pula untuk
mengaktifkan bakteria.
Masukkan juga lobak merah dan daun bawang kedalam bahan paste kimchi tadi. gaul rata. Paste kimchi kini sedia disapu pada kobis
Masuk kan Kobis yang sudah di jeruk tadi, sapu sos kimchi pada setiap helaian
kobis sehingga semua bahagian dilumuri dengan sos. Masukkan kedalam
bekas bertutup dan biar sehingga 1-2 hari sehingga kimchi menapai.
Setelah di Perap selama 1-2 hari, Boleh lah kimchi berkenaan di masuk kan ke dalam peti sejuk. Gambar
Setelah di Perap selama 1-2 hari, Boleh lah kimchi berkenaan di masuk kan ke dalam peti sejuk. Gambar
Di dalam gambar ni, aku guna 3 biji Kobis. So bahan2 nya kena lah gandakan 3
Selamat Menjamu selera dengan Kimchi Kak Mar
Kobis Panjang Di Belah Dua
Daun Bawang, Lobak Merah, Kobis, Bawang Besar, Halia & Bawang Putih
Kobis yang di belah di garam selama 5 jam. Kemudian di cuci untuk menghilangkan masin nya
Kobis yang telah di cuci di toskan untuk mengeringkan airnya
Begini lah rupanya Kimci Kak Mar setelah selesai . Di Perap selama 3 hari
SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan