Isnin, 25 April 2016

dumpling

Cuti cuti hujung minggu ni saya teringin pula buat dumpling. Senang je buat. beli  kulit dumpling di Market. Untuk Inti dumpling pula saya guna isi ayam. Senang dan rengkas. Lepas tu saya buat sup tapi yang pedas. sup ala2 Korea gitu.








1) Kepingan Kulit Dumpling
2) Isi Ayam - dicincang kasar (100g)
3) Bawang besar di hiris halus ( 1 biji)
4) Lada Besar - dihiris halus (2 biji)
5) Daun Sup - dipotong halus (1 tangkai)
6) Daun Bawang - dipotong halus (1 tangkai)
7) Serbuk Lada Hitam (1 sudu kecil)
8) Minyak Bijan (1 sudu kecil)
9) Garam (sedikit)


Campurkan semua bahan, lepas tu Letakkan campuran di tengah kulit dumpling.Sapukan sedikit air di tepikulit dumpling untuk melekatkan bahagian tepinya. Buat lah bentuk ikut kesukaan anda. Saya buat rengkas je pun.
 
 




isi ayam untuk inti dumpling


Ini lah dumpling yang telah saya buat. Rengkas saja










Tiada ulasan:

Catat Ulasan