Khamis, 31 Mac 2016
Selasa, 29 Mac 2016
KARI TIRAM BERKENTANG
KARI TIRAM BERKENTANG
Tiram ni beli hari tu di Tamu Tuaran. RM5 untuk 3 plastik. Tak sempat masak hari tu, simpan dlm freezer. Sejuk membeku lah pula tiram tu. :)
Petang semlm balik kerja terfikir nak masak apa utk mkn mlm . Teringat tiram ni, Masak yg senang dengan cepat. Jadi lah Manu Tiram Kentang Kari. Ini lah dia cepat di masak, dan sedap di makan.
Ini lah dia Tiram RM5 utk 3 plastik
Bahan bahan nya:_3 Plastik Tiram Segar
250 ml santan
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Bahan A 3 biji Bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan B
3 sudu besar kari
2 sudu besar serbuk cili kering
2 biji kentang
sedikit asam Jawa
Cara membuat
Tumiskan bahan A hingga garing & wangi.Masukkan bahan B. Kacau hingga sebati dan naik minyak. Masuk kan Tiram dan Kentang. Masuk kan sedikit air dan kacau hingga sebati dan kentang empuk. Lepas itu masukan santan. Masak lah hingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidang!
Isnin, 28 Mac 2016
MEEHOON SUP AYAM
Meehoon sup ni sebetul nya tempahan dari kawan pejabat time cuti hujung minggu. Saya masak untuk 20 org makan.
meehon sup yg belum letak kuahnya lagi |
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam
1 camca besar lada putih
1 sup bunjut tulang Adabi
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
3 batang serai
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi hoon, dicelur hingga lembut, toskan
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Hirisan lada besar
Limau Kasturi
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam di belah dua atau ikut suka. Cuci bersih
- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan masak hingga naik minyak. Masukkan lada putih. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya, masuk kan ayam dan masak hingga mendidih.Masak sehingga ayam empuk kemudian keluarkan dan toskan ayam berkenaan. Selepas tu ayam boleh lah di carik carikan kan.
- Masukkkan secukupnya mi hoon ke dalam mangkuk yang sesuai. Letak ayam yang sudah di carik2kan tadi diatas mee, kemudian curah kuah sup atas mi hoon tadi. Tabur daun sup, lada yg di hiris halus, Limau kasturi yg di belah dua dan bawang goreng.
- Sedap dimakan panas2
Ahad, 27 Mac 2016
IKAN KELI GORENG BERLADA
IKAN KELI GORENG BERLADA |
IKAN KELI GORENG BERLADA |
Time cuti cuti ni lah time dapat peluang masak. Hari ni beli ikan keli di Tamu Tuaran.
Teringin masak Ikan keli Goreng berlada.
Beli sekilo RM12, mahalnya ikan keli di Sabah ni. kecil2 lagi ikan ni.
Ikan keli 4 ekor
Bahan untuk sambal
lada besar 5 biji
Cili api segengam
Kunyit
Bawang besar 1 labu
Bawang putih 5 ulas
Garam
Sesedap rasa
Ikan saya basuh dengan garam. Kemudian bilas. Lepas tu lumur dgn kunyit, garam dan serbuk perasa.
Lepas tu goreng garing.
Bahan2 untuk sambal saya blend semua, kemudian tumis sehingga naik minyak. Lepas tu tuanglah diatas ikan goreng, dan boleh lah di hidang.
Ini cara saya sendiri
Sabtu, 26 Mac 2016
NASI KUNING KG TELIBONG TAMPARULI
NASI KUNING DENGAN IKAN GORENG
Nasi Kuning ni saya masak pada 25hb Mac 2016 sempena birthday darling saya :)
Ini lah hasil nya.
NASI KUNING KUKUS |
NASI KUNING KAK MAR |
BAHAN BAHAN NYA
Beras biasa
Kunyit hidup / Serbuk kunyit
Santan (kotak/segar)
Beras pulut (sedikit)
Daun pandan / serai
Halia
Sedikit garam
Cara membuat nasi :
1. Campur beras biasa bersama sedikit beras pulut. Anggaran nisbah 4:1. Basuh dan toskan seperti biasa.
2. Masukkan ke dalam periuk beserta santan, kunyit dan garam. Kuantiti santan sama seperti kuantiti air untuk memasak nasi putih biasa. Gaul rata.
3. Masukkan daun pandan atau serai dan halia yang di hiris. Masak sehingga santan agak kering.
4. Masak pula menggunakan pengukus dalam lebih kurang 30 minit.
Bahan sambal Ikan Goreng
Ikan terpulang lah ikan apa yg anda suka
Cili kering kisar
Bawang merah kisar
Bawang putih kisar
Serai kisar
Halia kisar
Air asam jawa
Minyak masak
Garam dan gula
Cara membuat ikan :
1. Goreng ikan seperti biasa.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan halia sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Masukan sedikit air asam Jawa.Tambah perasa dengan gula dan garam secukup rasa.
3. Bila nak menghidangkan nasi berkenaan. Letak ikan goreng di piring nasi dan letak lah sambal cili kisar tersebut diatas ikan. Boleh lah di hidang. Seperti dalam gambar diatas.
Saya gunakan daun pisang sebagai alas pinggan
untuk nasi terasa lebih sedap dan harum.
Khamis, 24 Mac 2016
curry mee in claypot Kak Mar
Rabu, 23 Mac 2016
FISH CURRY @ KARI IKAN ARUT KAK MAR
KARI IKAN ARUT @ KULIBALAI CLAYPOT
Pinjam gambar org, saja nak tunjuk ikan Arut @ kulibalai versi Sabah |
IKAN YANG SEDIA UNTUK DI MASAK. TAPI BUKAN MASAK SEMUA. 3 KETUL JE PUN DI MASAK |
IKAN ARUT@KULIBALAI YG SEGAR |
Jumaat, 18 Mac 2016
CHICKEN RICE PORRIDGE KAK MAR
SALAM JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI
Seperti biasa, setiap pagi jumaat ada bacaan Yasin di pejabat.
Hari ni saya masak bubur Nasi ayam yang biasa2 saja. Bukan yang luar biasa :) untuk menjamu rakan rakan
Khamis, 17 Mac 2016
IKAN UJI RASHID BAKAR KAK MAR
IKAN BAKAR
IKAN BAKAR UJI RASHID DAN SAMBAL TOMATO |
Ini cerita Petang semalam.
Teringin pula makan Ikan Bakar Uji Rashid. Ntah apa sebab ikan ni di beri nama Uji Rashid. Bila tanya penjual ikan, dia kata mata ikan tu besar macam Uji Rashid. :)
Balik kerja petang semalam, bakar lah ikan Uji Rashid ni. Bakar dalam Kuali. Lepas tu buat sambal lada dengan Tomato. Tak letak belacan sebab ada org allergic. ( tu Darling saya lah )
Ikan Bakar ni nampak tak menarik, tapi boleh lah cicah dengan sambal dan makan nasi panas2.
IKAN UJI RASHID |
IKAN UJI RASHID YG SUDAH DI BAKAR |
SAMBAL TOMATO
Rabu, 16 Mac 2016
MAGGIE KARI KAK MAR STYLE
MAGGIE KARI KAK MAR STYLE
Makan maggie sekali sekala. Tak boleh selalu big bos marah.(big bos tu darling saya )
MAGGIE KARI KAK MAR STYLE |
Maggi
boleh dikatakan makanan kegemaran setiap rakyat Malaysia. Rakyat Korea
pun mmg suka sangat makan Maggie yg di panggil Ramen di sana (tiba tiba pula Korea :) ) Tapi Ramen
Korea pedas giler.Mahal pula tu.
Pelbagai
cara kreatif digunakan
untuk menambah kelazatan Maggie yang dimasak. Untuk menambah kepedasan nya Saya tambah kari sikit
dan santan. Campur dgn bahan bahan lain
seperti fish cake, fish ball, tauhu goreng. Nampak mcm Mee kari lah
pula.
ANAK BUJANG KU RAFFIDANIEL & SEPUPU NYA IZAT |
Khusuk nya budak berdua ni menikmati juadah petang.
Anak bujang ku yg satu2 nya dan unggul Mohamad Raffidaniel balik bercuti seminggu dari Asrama Sekolah Menengah Sain.
Selasa, 15 Mac 2016
KUCING KESAYANGAN ANAK2 KU
Langgan:
Catatan (Atom)