Sabtu, 26 Mac 2016

NASI KUNING KG TELIBONG TAMPARULI

 NASI KUNING DENGAN IKAN GORENG

Nasi Kuning ni saya masak pada 25hb Mac 2016 sempena birthday darling saya :)

Ini lah hasil nya.

NASI KUNING KUKUS

NASI KUNING KAK MAR









BAHAN BAHAN NYA

Beras biasa
Kunyit hidup / Serbuk kunyit
Santan (kotak/segar)
Beras pulut (sedikit)
Daun pandan / serai
Halia
Sedikit garam


Cara membuat nasi :

1. Campur beras biasa bersama sedikit beras pulut. Anggaran nisbah 4:1. Basuh dan toskan seperti biasa.

2. Masukkan ke dalam periuk beserta santan, kunyit dan garam. Kuantiti santan sama seperti kuantiti air untuk memasak nasi putih biasa. Gaul rata.

3. Masukkan daun pandan atau serai dan halia yang di hiris.  Masak sehingga santan agak kering.

4. Masak pula menggunakan pengukus dalam lebih kurang 30 minit.



Bahan  sambal Ikan Goreng

Ikan terpulang lah ikan apa yg anda suka
Cili kering kisar
Bawang merah kisar
Bawang putih kisar
Serai kisar
Halia kisar
Air asam jawa
Minyak masak
Garam dan gula


Cara membuat ikan :

1. Goreng ikan seperti biasa.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan halia sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Masukan sedikit air asam Jawa.Tambah perasa dengan gula dan garam secukup rasa.

3. Bila nak menghidangkan nasi berkenaan. Letak ikan goreng di piring nasi dan letak lah sambal cili kisar tersebut diatas ikan. Boleh lah di hidang. Seperti dalam gambar diatas.

Saya gunakan daun pisang sebagai alas pinggan
untuk nasi terasa lebih sedap dan harum. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan