Isnin, 28 Mac 2016

MEEHOON SUP AYAM




Meehoon sup ni sebetul nya tempahan dari kawan pejabat time cuti hujung minggu. Saya masak untuk 20 org makan.
meehon sup yg belum letak kuahnya lagi






 
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam
1 camca besar lada putih
1 sup bunjut tulang Adabi
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3  inci halia
3 batang serai

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi hoon, dicelur hingga lembut, toskan
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Hirisan lada besar
Limau Kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam di belah dua atau ikut suka. Cuci bersih 
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan masak hingga naik minyak. Masukkan lada putih.  Gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya, masuk kan ayam  dan masak hingga mendidih.Masak sehingga ayam empuk kemudian keluarkan dan toskan ayam berkenaan. Selepas tu ayam boleh lah di carik carikan kan.
  3. Masukkkan secukupnya mi hoon ke dalam mangkuk yang sesuai. Letak ayam yang sudah di carik2kan tadi diatas mee,  kemudian curah kuah sup  atas mi hoon tadi. Tabur daun sup, lada yg di hiris halus, Limau kasturi yg di belah dua dan bawang goreng. 
  4.  Sedap dimakan panas2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan