Selasa, 28 Jun 2016

IKAN BAULU @ SUSU GORENG BEREMPAH

IKAN BAULU @ SUSU  GORENG BEREMPAH

Hari ni saya goreng Ikan Baulu @ susu. Goreng berempah. Ikan ni sedap dan berlemak. Tulang dia memang banyak tapi kena pandai lah asingkan tulang tu. Memang sedap 

Ini lah dia. siapa yang belum pernah makan ikan ni, try lah. Rasa sekali pasti nak lagi :)




Isnin, 27 Jun 2016

KETAM MASAK LEMAK

Hari ni masak ketam pula. Tapi ketam nya tak lah begitu besar. ketam kecik2 je. Ni lah dia ketam masak lemak saya. 





Rabu, 22 Jun 2016

TELUR PUYUH

TELUR PUYUH

Selingan sekejap di Ramadhan ke 17.
Nak tunjuk telur burung puyuh saya ni. Semenjak dua menjak ni puyuh saya asyik bertelur je, banyak pula tu. Saya bagi dengan kawan2. Lain kali saya jual lah :)

Seronok pula kutip2 telur puyuh ni... 
Buat masa ni bela puyuh untuk hobby2 je, Insya Allah nanti akan di usahakan betul2.
 



Selasa, 21 Jun 2016

LOKAN BAKAR

LOKAN BAKAR


Ni lokan bakar pula







SUP KEPALA IKAN


Sup kepala ikan

ini makanan sihat, semua terjun je dalam belanga. Tak guna minyak pun. Ini lah makanan kegemaran suami. Dia tak suka yang banyak menggunakan minyak. Dia jaga kesihatan. Good :) senang kerja aku. Saya sediakan sambal untuk cicah.





Bahannya

1 ekor ikan besar, saya ambil kepalanya  
air secukupnya
sedikit Asam Keping
1 biji Tomato
2 biji Lada Besar

1 inci Halia
2 batang Serai
3 ulas Bawang putih
4 ulas Bawang Merah
sedikit serbuk Kunyit
* Tumbuk atau blend  semua bahan sehingga lumat
Penyediaannya  

Panaskan air secukupnya dalam belanga dan masukkan bahan tumbuk.  Kalau nak sekalikan pun boleh, kemudian  masukkan ikan.Masuk kan garam dan perasa.   Biarkan hingga masak dengan api sederhana.  Tutup api dan bolehlah dihidang.

Selamat menjamu selera

KEPAK AYAM GORENG BEREMPAH

KEPAK AYAM GORENG BEREMPAH

Hari ni manu kepak ayam goreng berempah pula. Dah lama nak buat tapi baru hari nibaru dapat buat. Alhamdulilah ini lah dia kepak ayam goreng berempah saya :)





AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan Perap
  • 10 ketul kepak ayam
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar
  • 6 cm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
Cara Memasak Ayam Goreng Berempah

1.gaul ayam dengan semua bahan perap tadi . selepas itu masukan bahan kisar dan gaul sebati

2. perap ayam tadi selama 1 jam.Kalau nak perap lama lagi sedap. kemudian goreng ayam perap dengan api sederhana.

Siap untuk di makan.





Isnin, 20 Jun 2016

DUMPLING MANU DI RAMADHAN KE 14

DUMPLING

Atas permintaan dua orang anak yang tengah study di UMS, hari ni saya masak Manu Dumpling
Diorang teringin makan manu ni pula.Manu yang cukup senang di buat. Kali ni saya buat inti nya guna daging pula.Manakala sup nya saya guna sup tomyam kung.



dumpling dengan sup tomyam kung
 

Selasa, 14 Jun 2016

ROTI SPECIAL KAK MAR

ROTI SPECIAL KAK MAR

Saya buat roti ala2 roti John pula. tapi memang lain sebab saya guna roti keping je.Intinya saya guna telur, bawang besar, daging kisar, daun sup, tomato dan bahan secukup rasa. Makan Roti ni dengan inti nya yang padat dan sedap, sos chili dan mayunis yang melimpah sudah cukup mengenyangkan. Tak perlu makan benda lain lagi. 

Selamat menjamu selera




Bahan-bahan

1 keping daging cincang - ada jual kat pasaraya
2 biji bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 inch halia – ketuk dan cincang halus
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 biji telur
3 sudu besar sos tiram
daun bawang – dipotong 1cm
Timun – hiris-hiris
Kobis – hiris-hiris
Tomato – hiris-hiris
6 keping roti - saya gunakan bread
Cili sos
Mayonnaise
Sos Lada Hitam

Garam secukup rasa 

Cara penyediaan bahan utama

1-Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi
2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau
3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging cincang,  Gaul hingga sebati
4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.
5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk.

Bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.
Kemudian, bahan bahan yang telah di tumis tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan bersama daun bawang.
 
Cara penyediaan Roti bread

1- Panaskan non-stick pan, lenserkan dengan sedikit majerin. Sendukkan adunan utama  yang telah dicampurkan telur tadi ke atas pan. Adunan tersebut agak-agak cukup untuk sebesar roti tadi. Bila kelihatan hampir masak, letakkan roti menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
2- Terbalikkan dan letak tepi. Teruskan step yang sama sehingga roti habis
3- Kemudian susun hirisan timun, kobis dan tomato, paipkan sos cili, sos lada hitam (sikit ajerr) dan mayonnaise sebelum dihidangkan…  Juadah Berbuka Puasa Homemade Roti John mudah step by step


Isnin, 13 Jun 2016

pokok buah buahan dan cili

Semenjak musim hujan ni, tanaman di sekeliling rumah nampak segar bugar. Daun daun pun semua hijau. Sejuk mata memandang. Ni lah di katakan berbudi kepada tanah mendatangkan hasil

rajin anak saudara tolong petik buah cili

buah cili api yang tumbuh di tepi rumah

mangga pun dah berbuah

limau pun berbuah juga

tanam halia dalam bekas

Nasi Kuning lagi

Puasa yang ke 7 di Tahun 2016

Saya menyediakan Juadah berbuka puasa hanya untuk 4 orang je sebab yang sorang dah balik ke Labuan. Anak saudara yang sorang lagi balik rumah mak dia. Tinggal kami berempat

Ini Juadah untuk makan 4 orang. Saya tak suka membazir. Setiap hari saya cuma memasak satu Juadah. Kuih muih beli sedikit2 je. So ini lah dia Nasi Kuning Tawau yang di masak oleh orang yang berada di Kota Kinabalu.


BAHAN BAHAN NYA


Beras biasa
Kunyit hidup / Serbuk kunyit
Santan (kotak/segar)
Beras pulut (sedikit)
Daun pandan / serai
Halia
Sedikit garam



Cara membuat nasi :


1. Campur beras biasa bersama sedikit beras pulut. Anggaran nisbah 4:1. Basuh dan toskan seperti biasa.

2. Masukkan ke dalam periuk beserta santan, kunyit dan garam. Kuantiti santan sama seperti kuantiti air untuk memasak nasi putih biasa. Gaul rata.

3. Masukkan daun pandan atau serai dan halia yang di hiris.  Masak sehingga santan agak kering.

4. Masak pula menggunakan pengukus dalam lebih kurang 30 minit.



Bahan  sambal Ayam Goreng



Cili kering kisar
Bawang merah kisar
Bawang putih kisar
Serai kisar
Halia kisar
Air asam jawa
Minyak masak
Garam dan gula



Cara membuat ikan :


1. Goreng ayam seperti biasa.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, serai dan halia sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Masukan sedikit air asam Jawa.Tambah perasa dengan gula dan garam secukup rasa.

3. Bila nak menghidangkan nasi berkenaan. Letak ayam goreng di piring nasi dan letak lah sambal cili kisar tersebut diatas ayam. Boleh lah di hidang. Seperti dalam gambar di bawah.





 






Laksa Penang Sabah

Puasa ke 6 di Tahun 2016

Hari ni teringin pula nak makan Laksa Penang. Saya cuba memasak laksa ni, cuma ada kelainan sikit sebab saya gunakan taugih. Yang lain nya sama je dgn resepi Laksa Penang

Ini lah dia Laksa Penang ala Sabah. Sebab yang masak nya orang  Sabah

Selamat menjamu selera :)





Bahan Kuah :-)
500 g ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan
2 liter air
4 - 5 keping asam gelugor
15 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan 

Garam secukup rasa
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan
15 tangkai cili kering, di blend
3 batang serai, dihiris
1 cm kunyit

Bahan Lain :-)
Mee laksa
Bwang besar, hiris halus
Timun, dihiris
Hirisan cili merah
Belahan limau kasturi
Taugeh
Telur rebus dibelah 2

Cara membuatnya :-)

  1. Rebus ikan dengan asam gelugor hingga masak. Asingkan tulang dan isi, blend isi ikan hingga hancur dan masukkan kembali dalam air rebusan. Blend halus tulang ikan, tapis terlebih dahulu dan masukkan dalam air rebusan ikan tadi.
  2. Bubuh bahan2 kisar halus, daun kesum, bunga kantan,  garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga kuah agak pekat.
  3. Isikan laksa dalam mangkuk sesuai, susun bahan2 lain dan tuangkan kuah panas tadi, perah jus limau kasturi sebelum dimakan.

Jumaat, 10 Jun 2016

TOMYAM KUNG

TOMYAM KUNG LAH PULA


Teringin makan Tomyam Kung lah pula.
Jadi di hari ke 5 Ramadhan ni saya masak Tomyam. 

Bahan-Bahan Sup

  • Pes Tom Yam -Saya beli je yang ada kat Market
  • 1 batang kecil Lengkuas yang diketuk
  • 2-3 batang Serai juga diketuk-ketuk
  • 10-15 biji Cili Padi diketuk
  • 1 labu Bawang Besar dihiris nipis
  • 3-5 helai daun Limau Purut
  • Susu cair sukatan ikut keperluan
  • Semangkuk besar air
  • Sebiji Limau Nipis yang diperah airnya
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan air di dalam periuk dengan api sederhana besar.
  2. Masukkan Lengkuas, Serai dan Cili Api.
  3. Masukkan pes Tom Yam secukupnya.
  4.  Apabila air mendidih, masukkan bahan utama iaitu udang, sotong dan ikan.
  5. Masukkan perahan limau, garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan daun Limau Purut dan hirisan bawang.
  7.  Akhir sekali masukan susu cair- ikut citarasa masing2
Sekiranya anda ingin menambah sayuran, boleh lah di masukan  juga.
 
Siap untuk di hidang