Khamis, 9 Jun 2016

IKAN BAKAR SEGERA

IKAN BAKAR

 
Balik kerja petang tadi saya singgah beli ikan di gerai ikan tepi jalan Sulaman. Ikan nya segar
Sampai rumah terus ke dapur. Bahan bahan untuk perap sudah saya sediakan awal2. Bersihkan ikan kemudian saya perap sekejap. Daun pisang ambik di belakang rumah je pun. Saya bakar dalam kuali je. Alaskan kuali dengan daun pisang. Lepas tu saya letak ikan yang di perap tadi. Saya letak sedikit daun kesum kemudian tutup kuali berkenaan dengan penutup periuk. Bakar lah sehingga ikan berkenaan kelihatan kering dan masak.

Ini lah dia Ikan Bakar segera dalam kuali. Rengkas dan senang di buat. Rasanya nya pun boleh tahan sedap.








6 ekor Ikan
Sedikit Daun Pisang

Bahan Bahannya:
2 Ulas Bawang Besar
3 Ulas Bawang Putih
10 biji chili api
5 sudu chili boh
1/2 inci kunyit hidup
i inci halia
2 batang serai
Daun Kesum
garam & bahan perasa  

Cara cara:

Kisar semua bahan diatas sehingga lumat. Masuk kan sekali bahan perasa. Masukan sedikit minyak di bahan kisar berkenaan. Perapkan ikan  yang telah dibersihkan selama lebih kurang 15 minit atau terpulang ikut kesukaan anda.

Setelah diperap boleh lah ikan berkenaan di bakar di dalam kuali yang di lapis dengan Daun Pisang dan tutup kuali berkenaan.Saya menggunakan kuali nonstick.  Ikan tidak perlu di terbalik kan. Biarkan saja begitu sehingga betul2 masak. Selepas itu boleh lah diangkat.



Sambal cicah ikan bakar
Ramuan


10 biji cili padi (kalau mau pedas boleh tambah)
1 biji lada besar

1 biji buah tomato

1 bawang merah (di hiris )

2 ulas bawang putih 

3 biji Limau Kasturi
1 inci belacan

Garam

Gula

Boleh di blend atau pun di tumbuk menggunakan lesung. Terpulang ikut selera masing2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan