Hari ni manu kepak ayam goreng berempah pula. Dah lama nak buat tapi baru hari nibaru dapat buat. Alhamdulilah ini lah dia kepak ayam goreng berempah saya :)
AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan Perap
- 10 ketul kepak ayam
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
- minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar
- 6 cm halia
- 4 ulas bawang merah
- 3 batang serai
- 3 ulas bawang putih
Cara Memasak Ayam Goreng Berempah
1.gaul ayam dengan semua bahan perap tadi . selepas itu
masukan bahan kisar dan gaul sebati
2. perap ayam tadi
selama 1 jam.Kalau nak perap lama lagi sedap. kemudian goreng ayam perap dengan
api sederhana.
Siap untuk di makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan